mega888
PIBG Maahad Tahfiz Al-Fateh Rasmi Ditubuhkan – Kerjasama Untuk Huffaz Berkepimpinan - Maahad Tahfiz Al-Fateh

Jom Sertai Kempen Dana Al-Fateh!

Gambar Mesyuarat Agung PIBG Maahad Tahfiz Al-Fateh 2025

PIBG Maahad Tahfiz Al-Fateh Rasmi Ditubuhkan – Kerjasama Untuk Huffaz Berkepimpinan

Maahad Tahfiz Al-Fateh, Batang Kali — 16 September 2025 (Selasa), 10.00 pagi.

Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maahad Tahfiz Al-Fateh telah berlangsung dengan penuh bermakna di Dewan Utama Maahad Tahfiz Al-Fateh. Majlis bersejarah ini dihadiri oleh ibu bapa dan guru dengan kehadiran seramai 90 orang, menandakan permulaan era baharu dalam kerjasama pendidikan di sekolah. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengetua Maahad Tahfiz Al-Fateh, Ustaz Ahmad Lutfi bin Paridin, yang menekankan bahawa penubuhan PIBG merupakan platform strategik untuk memperkukuh hubungan erat antara ibu bapa dan pihak sekolah. Beliau turut menegaskan bahawa PIBG berperanan bukan sahaja sebagai sokongan kewangan dan logistik, tetapi juga sebagai pemangkin pembangunan sahsiah, kepimpinan dan pembentukan generasi Huffaz yang berilmu serta berakhlak. Sesi pemilihan barisan kepimpinan PIBG telah dijalankan dengan lancar.

Berikut adalah senarai jawatankuasa utama yang dipilih bagi penggal 2025/2026:
Senarai Kepimpinan PIBG 2025/2026
Penasihat: Ustaz Ahmad Lutfi Bin Paridin
Yang Dipertua (YDP): Encik Shahridzan bin Sumui
Yang Dipertua (NYDP): Encik Abdul Aa’la Bin Khalid
Setiausaha Kehormat (SU): Ustaz Abdul Munim Afifi bin Abdul Hamid
Bendahari Kehormat: Puan Nik Huda Zainal Binti Nik Zainal Alam

Mesyuarat berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari dengan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Penubuhan PIBG ini diyakini akan memperkukuhkan lagi usaha Maahad Tahfiz Al-Fateh dalam melahirkan generasi Huffaz yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan al-Quran dan akademik, tetapi juga berakhlak mulia serta berjiwa kepimpinan.

Scroll to Top
mega888