Inspirasi: Kejayaan Adik Hikmah Menamatkan Syahadah Ula
Dengan izin Allah, semalam Adik Hikmah binti Mohd Asri, 16 tahun berjaya menamatkan Syahadah Ula dalam tempoh hanya 15 jam, bermula jam 4.30 pagi dan tamat pada 11.04 malam.
MasyaAllah, tabarakallah!
Pencapaian ini bukan sekadar bukti kehebatan hafalan, tetapi juga ketekunan, disiplin dan kekuatan rohani yang tinggi menerusi hasil bimbingan berterusan para asatizah di Maahad Tahfiz Al-Fateh, (AL-FATEH) Batang Kali, Selangor
Apa Itu Syahadah Ula?
Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui tentang Syahadah Ula dan perbezaannya dengan seseorang yang sudah menghafal 30 juzuk. Artikel ini akan memperkenalkan syahadah ula dan bagaimana ia dipraktiskan di AL-FATEH.
Syahadah ula atau juga Syahadah Tahfiz adalah sijil pengiktirafan tertinggi untuk penghafaz Al-Quran, menandakan penyempurnaan hafalan 30 juzukuk Al-Quran dengan kualiti yang tinggi. Proses untuk mendapatkannya melibatkan ujian hafalan yang ketat. Dimana calon perlu membaca seluruh Al-Quran secara sekali bacaan dalam tempoh tertentu di hadapan panel penguji dengan kesalahan yang sangat minimum.
Syahadah Ula telah diiktiraf sebagai salah satu metod pengulangan Al-Quran dan telah diamalkan oleh beberapa institusi tahfiz dengan istilah berbeza sebagaimana contoh Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah menggunakan nama Syahadah Hafiz manakala Darul Quran menggunakan istilah Syahadah Hafazan atau Syahadah Tahfiz.
Ujian ini menilai bukan sahaja daya ingatan, tetapi juga ketenangan hati, keikhlasan niat dan adab terhadap Kalamullah.
Syahadah Ula adalah Sunnah Rasulullah SAW
Syahadah Ula berasaskan sunnah Rasulullah SAW yang memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada malaikat Jibril setiap Ramadan.
Menurut Ustaz Abdul Mun’im Afifi bin Abdul Hamid, tenaga pengajar MTAF:
“Kita mengambil iqtibas (sunnah) daripada Nabi SAW yang telah memperdengarkan bacaan dengan Jibril AS, 30 juzuk pada setiap Ramadan.”
Sebagaimana dalam firman Allah SWT,
لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ ١٦ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ ١٧
فَإِذَا قَرَأْنَـٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ ١٨ ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُۥ ١٩
Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). –Surah al-Qiyamah, 75 ayat 16 hingga 19
Rasulullah SAW memelihara al-Quran dengan menggunakan metodologi hafazan, baginda sentiasa bertadarus al-Quran setiap bulan Ramadan sebanyak sekali setahun kecuali pada tahun terakhir kewafatan baginda sebanyak dua kali setahun. Pada zaman awal Islam, Al-Quran tidak ditulis secara suhuf mahupun mushaf. Ini jelas menunjukkan bahawa sikap dan keperibadian tinggi Rasulullah SAW yang sangat prihatin dan sentiasa berusaha melazimi bacaan dan hafazan al-Quran, walaupun Allah SWT telah memberi jaminan pemeliharaan dan pengekalan al-Quran selama-lamanya kepada Baginda SAW.
Proses dan Syarat Syahadah Ula di Maahad Tahfiz Al-Fateh

Barisan panel syahadah ula di Maahad Tahfiz Al-Fateh
- Ujian Hafalan:
Kesalahan dalam bacaan hendaklah sangat minimum dan tidak melebihi had yang ditetapkan, contohnya tidak lebih daripada 10 kesalahan bagi setiap juzuk - Tahap kesalahan:
Kesalahan dalam bacaan hendaklah sangat minimum dan tidak melebihi had yang ditetapkan, contohnya tidak lebih daripada 10 kesalahan bagi setiap juzuk - Proses Semakan Hafazan
Sebelum menduduki Syahadah Ula, pelajar melalui tiga peringkat pengulangan hafazan :
• Pengulangan 1 & 2: pelajar diberi ruang melancarkan bacaan.
• Pengulangan 3: pelajar mesti membaca 5 juzuk sehari tanpa mushaf, mampu menghabiskan 30 juzuk dalam 6 hari. - Pengiktirafan
Sijil Syahadah Ula diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan bacaan dengan cemerlang. Mereka juga telah layak mengajar dan membimbing pelajar tahfiz lain.
Kelebihan Syahadah dan Penghafaz Al-Quran
- Daripada Buraidah al-Aslamiy RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ ، وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا ، فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ ؟ فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا ، فَهُوَ فِي صُعُودٍ ، مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا
Maksudnya: “Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca (ayat al_Qur’an)”.[Riwayat Ahmad]
Salah satu kelebihan istimewa yang dikurniakan Allah SWT kepada Syahadah dan penghafal Al-Quran adalah dipakaikan mahkota kepada ibu bapanya di syurga. Untuk menghafal 30 juzuk Al-Quran bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi memastikan ayat Al-Quran ini terus diingati hingga akhir hayat. Oleh itu, Allah swt memberi ganjaran pahala bukan sahaja buat penghafal Al-Quran malahan ibu bapanya juga turut dianugerahi keistimewaan dan pahala. - Selain itu, bagi para penghafaz Al-Quran, malaikat turut bersama mereka.
Daripada Aisyah R. Anha, Rasulullah SAW bersabda:
مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ، وَهُوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ، وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ، وَهُوَ يَتَعَاهَدُهُ، وَهُوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ فَلَهُ أَجْرَانِ
Maksudnya: Umpama yang membaca al-Quran dan menghafaznya bersama kumpulan malaikat mulia sedangkan umpama membaca al-Quran dalam keadaan sukar. Baginya akan mendapat dua pahala - Tambahan pula, bagi mereka yang melazimi Al-Quran, mereka diberi syafaat pada hari kiamat.
Daripada Abu Umamah al-Bahili RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اِقرَؤُواْ القُرءَانَ فَإِنَّهُ يَأتِي يَوْمَ القِيَامَةِ شَفِيعاً لأَصحَابِهِ
Maksudnya: Bacalah al-Quran kerana dia datang pada hari kiamat dalam bentuk memberi syafaat kepada tuan-tuannya - Bagi mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya merupakan sebaik-baik daripada kalangan umat Islam sebagaimana hadis. Daripada Uthman RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari],
Syahadah Ula: Jalan Cinta dan Pengabdian kepada Al-Quran

Suasana kelas Al-Quran di Maahad Tahfiz Al-Fateh
Menamatkan Syahadah Ula bukan sekadar ujian hafazan — ia adalah perjalanan rohani yang menuntut kesabaran, keikhlasan dan kasih terhadap kalam Allah SWT.Pelajar yang berjaya menamatkan syahadah membawa sinar ketenangan, bukan sahaja kepada dirinya, bahkan juga kepada keluarganya dan seluruh masyarakat.
قَدْ جَآءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌۭ وَكِتَـٰبٌۭ مُّبِينٌۭ ١٥
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (Surah Al-Maidah, ayat 15)
Al-Quran merupakan mukjizat agung yang diturunkan kepada Rasulullah SAW sebagai satu panduan hidup yang lengkap. Bagi para syahadah, ia adalah manifestasi cinta kepada Al-Quran dan Islam hingga akhirnya ia mampu mengubah diri menjadi seorang Muslim yang mengamalkan ajaran Islam sebenar berpandukan Al-Quran.
Kelebihan Syahadah dan Penghafaz Al-Quran
Di Maahad Tahfiz Al-Fateh, seseorang pelajar dibenarkan menduduki syahadah ula selepas selesai ujian semakan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Panel pentaksir akan menilai bermula melalui ujia pra-syahadah yang ketat dan sehingga seterusnya layak untuk menduduki ujian syahadah.
Baca kisah pelajar yang berjaya menduduki Syahadah Ula di sini: Kisah Pelajar Yang berjaya Menduduki Syahadah Ula di Maahad Tahfiz Al-Fateh
Maahad Tahfiz Al-Fateh komited melahirkan generasi huffaz berilmu dan beramal, berpaksikan manhaj Al-Quran dan sunnah.
📖 Ingin tahu lebih lanjut tentang program tahfiz dan peluang kemasukan pelajar baru?
👉 Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Program Tahfiz AL-FATEH