Jom Sertai Kempen Dana Al-Fateh!

Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM bersama Cikgu Azmi Ismail di Maahad Tahfiz Al-Fateh

Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM 2025 bersama Pemeriksa Kertas SPM di Maahad Tahfiz Al-Fateh

Batang Kali, 5 Julai 2025 – Maahad Tahfiz Al-Fateh telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Sejarah SPM, bertujuan memperkasakan pelajar dengan strategi menjawab soalan secara berkesan, khusus untuk calon SPM 2025.

Seramai 7 orang pelajar fast track telah menyertai bengkel eksklusif ini yang berlangsung di Dewan Utama Maahad Tahfiz Al-Fateh. Mereka merupakan pelajar tahfiz yang mengikuti program akademik intensif selari dengan hafazan al-Quran.

Bengkel ini dikendalikan oleh Cikgu Anis Nazifa selaku Guru SPM Maahad Tahfiz Al-Fateh serta Cikgu Jemputan, Cikgu Azmi bin Ismail, Guru Penolong Kanan SMK Seri Garing, Rawang. Sebagai makluman, Cikgu Azmi juga merupakan mantan Ketua Bidang Bahasa serta pemeriksa dan penanda Kertas Sejarah SPM.

Sepanjang bengkel ini, para pelajar telah didedahkan dengan format terkini peperiksaan, teknik menjawab soalan berdasarkan skema pemarkahan rasmi, serta panduan untuk mengelakkan kesilapan lazim yang sering berlaku dalam kalangan calon. Mereka turut dibimbing mengenai pengurusan masa yang berkesan ketika menjawab soalan, agar dapat memaksimumkan prestasi dalam tempoh peperiksaan yang terhad.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Maahad Tahfiz Al-Fateh dalam menyokong kecemerlangan akademik pelajar tahfiz. Ia membuktikan bahawa pelajar huffaz bukan sahaja mampu menghafaz al-Quran, malah turut berdaya saing dalam akademik arus perdana.

Scroll to Top