Maahad Tahfiz Al-Fateh, Batang Kali — 16 September 2025 (Selasa), 1.00 tengahari – 4.00 petang.
Hari Anakku Sayang telah berlangsung dengan penuh bermakna di Dewan Utama Maahad Tahfiz Al-Fateh dengan kehadiran ibu bapa serta guru bagi sesi penyerahan kad laporan pelajar.
Majlis ini memberi peluang ibu bapa untuk menilai bukan sahaja pencapaian akademik anak-anak, tetapi juga perkembangan hafazan al-Quran, disiplin, dan akhlak yang menjadi teras pendidikan di Maahad Tahfiz Al-Fateh.
Selain penyerahan laporan, sesi ini turut menjadi ruang komunikasi antara ibu bapa dan guru dalam membincangkan perkembangan anak-anak secara lebih dekat. Kerjasama erat ini diyakini akan memperkukuhkan lagi misi melahirkan generasi Huffaz yang berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kepimpinan.
Majlis berakhir dengan penuh mesra, membawa semangat baharu kepada para pelajar untuk terus istiqamah dalam usaha menuntut ilmu dan menghafaz al-Quran.