Batang Kali, 6 Oktober 2025 – Maahad Tahfiz Al-Fateh terus komited melahirkan generasi huffaz berjiwa kepimpinan melalui pelbagai wadah pembelajaran dan pembentukan diri, termasuk penganjuran Majlis Penyampaian Hadiah Musabaqah Hafazan yang berlangsung baru-baru ini dalam suasana penuh semangat dan kesyukuran.
Pertandingan ini bukan sekadar medan menguji hafazan, tetapi ruang muhasabah bagi setiap pelajar untuk menilai sejauh mana kekuatan hafalan dan ketepatan bacaan mereka. Seperti kata salah seorang guru dalam ucapan pembukaan majlis:
“Orang kata, siapa masuk musabaqah itu memang power. Tapi hakikatnya, semakin kita mendalami, semakin terasa banyak yang perlu diperbaiki. Pertandingan seperti inilah yang menyegarkan semula semangat para huffaz untuk terus istiqamah.”
Majlis ini turut menjadi bukti bahawa perjalanan hafazan bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi tentang istiqamah, disiplin dan keikhlasan hati dalam menjaga Kalamullah.
Senarai Pemenang Musabaqah Hafazan 2025:
Kategori 1–10 Juzuk
- Almasyari bin Armasir
- Muhammad Zareef bin Mohd Khairul
- Zaid Amsyar bin Mohd Zuraidi
- Muhammad Harraz bin Shahrul
- Muhammad Aiman Syahmi bin Mohd Zulkifli
Kategori 1–15 Juzuk
- Tengku Umayr ‘Akef bin Tengku Asyraf
- Muhammad Hazim bin Mohd Shahril
- Muhammad Haryz bin Mohd Shamsul
- Usaid bin Muhammad Sabri
- Abdul ‘Alim bin Abdul Aa’la
- Muhammad Solahuddin bin Mohd Hazwan
Majlis ini menjadi medan penghargaan buat semua peserta yang gigih berusaha, tidak kira sama ada mereka dinobatkan sebagai pemenang atau tidak. Apa yang lebih penting, mereka semua telah menunjukkan nilai kesungguhan, tawaduk dan cinta terhadap al-Quran — asas utama dalam tarbiah Al-Fateh.
“Semoga usaha dan keikhlasan ini menjadi langkah menuju kejayaan dunia dan akhirat,” ujar pihak maahad dalam kenyataannya.