Jom Sertai Kempen Dana Al-Fateh!

Gambar Hadif ketika sesi akhir Ujian Syahada Ula di Dewan Utama Maahad Tahfiz Al-Fateh bersama ibu bapa, guru dan pelajar lain

Selepas berjaya Syahadah Ula, Hadif lulus Temu Duga Ithbat Hafazan pula!

Selangor, 11 November 2025 — Tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Hadif bin Mohd Shamir, pelajar Tingkatan 4 Maahad Tahfiz Al-Fateh atas kejayaan lulus Temu Duga Ithbat Hafazan Al-Quran Negeri Selangor bagi sesi 2025/1447H.

Hadif dinilai oleh panel terpilih dalam Kategori 3 (Hafazan Juzuk 1 hingga 30), iaitu kategori tertinggi dalam penilaian Ithbat Hafazan Al-Quran peringkat negeri yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kejayaan tersebut dicapai selepas beliau menamatkan hafazan Al-Quran 30 juzuk pada 29 November 2024, dan seterusnya lulus Syahadah Ula pada 23 Jun 2025, sekali gus meyakinkan beliau untuk menyertai temu duga Ithbat.

Menurut Ustaz Abdul Mun’im Afifi, Timbalan Pengetua merangkap GPK Kurikulum Maahad Tahfiz Al-Fateh, kejayaan ini mencerminkan kekuatan sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh maahad.

Pencapaian Saudara Muhammad Hadif menunjukkan bahawa laluan pendidikan tahfiz yang tersusun dan berperingkat mampu melahirkan pelajar yang benar-benar bersedia untuk penilaian peringkat negeri. Kejayaan ini bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil disiplin pelajar serta bimbingan guru yang konsisten.” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak maahad sentiasa memastikan pelajar bergerak mengikut kemampuan dan kesiapsiagaan sebenar sebelum didedahkan kepada penilaian berautoriti

Walaupun masih mengikuti pengajian akademik bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan, Hadif berjaya melalui proses penilaian ini dengan baik hasil bimbingan berterusan pihak guru dan pengurusan Maahad Tahfiz Al-Fateh.

Ikuti kami untuk perkongsian penuh inspirasi: https://www.facebook.com/tahfizalfateh/

Scroll to Top