Dari Pedalaman Borneo,
Menuju Impian Hafiz

Pimpin Tangan Mereka Untuk Menjadi Hafiz Yang Mulia

Cita-Cita Mulia,
Ingin Jadi Hafiz Al-Quran

Ramai anak asnaf dari Sabah & Sarawak bercita-cita menjadi hafiz al-Quran. Namun masalah berikut menjadi halangan buat mereka memenuhi impian mulia ini.

Kos Pembelajaran Yang Tinggi

Perbelanjaan untuk mengurus pelajar sangat tinggi dari makanan, asrama, guru, hingga ke kelengkapan hafazan.

Kedudukan Di Pedalaman

Mereka hanya boleh belajar jika disediakan tempat tinggal, makan minum dan pengurusan penuh.

Status Asnaf Para Pelajar

Keluarga mereka adalah golongan asnaf, bekerja dengan pendapatan seadanya.

Peluang Untuk Mereka

Pendidikan dan pembelajaran berkualiti menjadi keutamaan
Maahad Tahfiz Al-Fateh

Pendidikan Berkualiti

Pembelajaran tersusun dengan silibus hafazan lengkap agar pelajar fokus, maju dan berjaya setiap hari.

Bimbingan Guru Bertauliah

Memastikan hafazan berkualiti dan konsisten mengikut kemampuan pelajar setiap masa.

Kebajikan Terurus

Asrama selamat dengan makan minum terurus supaya pelajar tenang, sihat dan fokus pada hafazan.

Dari Pedalaman Borneo,
Menuju Impian Hafiz 30 Juz

Adik Mohammad Yassir, anak bongsu daripada 5 beradik. Ayahnya seorang pemandu teksi, manakala ibunya tidak bekerja. Dari sebuah flat usang di pedalaman Sabah, ke mimbar ilmu di bumi Mesir.

Walau serba kekurangan, beliau tetap berazam untuk menghafaz al-Quran. Bermula seawal 13 tahun, beliau meninggakan bumi Sabah dan belajar di Maahad Tahfiz al-Fateh.

Dengan izin Allah dan sokongan para penaja, beliau berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dan bakal melanjutkan pengajian ke Mesir dalam bidang Syariah.

Dalil Orang Yang Berinfak

Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti (orang-orang yang menabur) sebutir biji (benih) yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Allah Maha luas lagi Maha Mengetahui.

Surah Al Baqarah: Ayat 261

Kempen Taja Huffaz Borneo

Sebuah usaha mengangkat anak-anak dari pedalaman Sabah dan Sarawak agar mereka tidak tercicir pendidikan agama.
Setiap sumbangan anda adalah pelita harapan yang menyinari perjalanan mereka.

Yuran Pengajian Tahfiz & Akademik

Menampung sesi hafazan, kelas al-Quran, serta bimbingan guru tahfiz bertauliah sepanjang pengajian.

Kit Pembelajaran & Aktiviti Pelajar

Bahan belajar seperti buku, pakaian, al-Quran, barangan Sunnah serta kit motivasi dan kepimpinan pelajar.

Keperluan Asrama & Makanan Harian

Penyediaan tempat tinggal selamat, utiliti, pakaian dan pemakanan seimbang untuk para pelajar.

Suara Ibu Bapa Para Huffaz

Bingkisan kisah dan harapan daripada ibu bapa para pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh

“Saya mulanya tak mahu lepaskan dia. Tapi Haikal sendiri beritahu, ‘Haikal nak pakaikan mahkota untuk ibu dan ayah di syurga nanti.’ Mengalir air mata saya...”
— Ibu Haikal, Sandakan
“Saya mahu anak saya belajar di Al-Fateh. Saya kata bukan SPM dunia ini penting, tapi Sijil Padang Mahsyar, SPM mu di akhirat nanti lebih penting”
— Ibu Adeeb, Sandakan
"Jangan kau biarkan anakmu bagai katak di bawah tempurung. Biar dia keluar belajar, kerana dia ada potensi besar."
— Ibu Shahfie, Sandakan

Taja RM100 Sebulan Seorang Hafiz Borneo

Setiap tajaan anda memberi peluang baru bagi pelajar ini menambah ilmu dan kembali berbakti buat ummah

Anda sumbu nyalaan pelita yang bakal menerangi bumi borneo ini

2025 © Maahad Tahfiz Al-Fateh

Developed by Webloka.my

Scroll to Top