Jom Sertai Kempen Dana Al-Fateh!

Terma dan Syarat

Terma & Syarat

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Maahad Tahfiz Al-Fateh (“kami”, “organisasi”, “laman web”).

Dengan meneruskan penggunaan laman web termasuk sistem sumbangan dan pembayaran ini, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di bawah..

  1. Skop dan Tujuan Penggunaan
    Laman sesawang ini disediakan bagi tujuan penyampaian maklumat, pengurusan sumbangan serta sokongan terhadap aktiviti pendidikan, kebajikan dan operasi Maahad Tahfiz Al-Fateh.
  2. Ketepatan Maklumat
    Kami berusaha memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin sepenuhnya ketepatan, kelengkapan atau kesesuaian maklumat tersebut pada setiap masa.
  3. Pindaan dan Kemaskini
    Maahad Tahfiz Al-Fateh berhak untuk mengubah, mengemas kini atau menambah mana-mana bahagian laman sesawang ini termasuk terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu. Perubahan tersebut berkuat kuasa serta-merta setelah dipaparkan.
  4. Hak Milik dan Hak Cipta
    Semua kandungan di laman sesawang ini termasuk teks, imej, grafik, dokumen dan bahan multimedia adalah disediakan oleh Maahad Tahfiz Al-Fateh.
  5. Penggunaan Sistem Sumbangan
    Segala sumbangan yang dibuat melalui laman sesawang ini adalah bersifat sukarela dan akan digunakan bagi tujuan yang selaras dengan objektif pendidikan dan kebajikan Maahad Tahfiz Al-Fateh, tertakluk kepada dasar pengurusan dan tadbir urus dalaman organisasi.
  6. Pautan dan Perkhidmatan Pihak Ketiga
    Laman sesawang ini mungkin mengandungi pautan atau integrasi dengan platform pihak ketiga termasuk penyedia sistem pembayaran dan institusi perbankan. Maahad Tahfiz Al-Fateh tidak bertanggungjawab terhadap terma, polisi keselamatan, atau amalan pengendalian data oleh pihak ketiga tersebut.
  7. Had Liabiliti
    Maahad Tahfiz Al-Fateh tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan atau tuntutan yang timbul secara langsung atau tidak langsung akibat penggunaan laman sesawang atau sistem sumbangan ini, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.
  8. Pematuhan Undang-Undang
    Penggunaan laman sesawang ini adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Malaysia.

Polisi Bayaran Balik

Segala bentuk bayaran atau sumbangan yang dibuat melalui laman sesawang rasmi Maahad Tahfiz Al-Fateh adalah secara sukarela dan muktamad, maka ia tidak boleh dikembalikan. Polisi ini terpakai ke atas semua jenis sumbangan di bawah kempen yang ditawarkan melalui platform ini.

Polisi ini diguna pakai bagi memastikan kelancaran tadbir urus kewangan serta pengurusan sumbangan yang telah atau akan diperuntukkan kepada penerima manfaat yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan berhak mempertimbangkan permohonan bayaran balik dalam kes-kes luar biasa berdasarkan budi bicara dan bukti sokongan.

Sebarang pertanyaan atau permohonan penjelasan berkaitan polisi ini boleh dikemukakan kepada pihak sokongan melalui e-mel di tahfizalfateh15@gmail.com.

Polisi Privasi

Maahad Tahfiz Al-Fateh komited dalam melindungi privasi serta kerahsiaan maklumat peribadi pengguna yang mengakses dan menggunakan laman sesawang termasuk sistem pembayaran kami. Polisi Privasi ini menerangkan cara maklumat peribadi dikumpul, digunakan, disimpan dan dilindungi.

  1. Pengumpulan Maklumat Peribadi
    Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat e-mel, nombor telefon serta maklumat transaksi. Maklumat pembayaran akan diproses secara selamat oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan tidak disimpan oleh pihak kami.
  2. Tujuan Penggunaan Maklumat
    Maklumat peribadi yang dikumpul akan digunakan bagi tujuan pemprosesan transaksi, komunikasi rasmi berkaitan sumbangan atau perkhidmatan, serta bagi tujuan rekod kewangan dan pematuhan tadbir urus organisasi.
  3. Penyimpanan dan Perlindungan Maklumat
    Kami menghargai kepercayaan anda dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang munasabah bagi melindungi data peribadi anda. Langkah-langkah ini akan disemak dan dikemas kini dari semasa ke semasa selaras dengan piawaian serta garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan. Dalam melaksanakan perlindungan data, kami juga mematuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP).
  4. Pendedahan kepada Pihak Ketiga
    Pemprosesan pembayaran dilakukan melalui penyedia perkhidmatan pihak ketiga seperti platform pembayaran dan institusi perbankan. Polisi privasi dan amalan pengendalian data oleh pihak ketiga tersebut adalah tertakluk kepada terma dan polisi mereka sendiri, dan berasingan daripada Polisi Privasi Maahad Tahfiz Al-Fateh.
  5. Pertanyaan dan Hubungan
    Sebarang pertanyaan atau permohonan berkaitan perlindungan maklumat peribadi boleh dikemukakan melalui e-mel ke tahfizalfateh15@gmail.com.
Scroll to Top