Utama / Dana Baiki Surau

Dana Baiki Surau
Maahad Tahfiz Al-Fateh

Surau Maahad Tahfiz Al-Fateh sudah berusia hampir 10 tahun. Alhamdulillah, selama surau ini berkhidmat , ia telah banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan kakitangan Maahad Tahfiz Al-Fateh. Surau ini bukan sahaja sebagai tempat pelajar-pelajar melaksanakan solat berjemaah . Malah surau ini juga digunakan pelajar untuk menghafaz Al-Quran, pengajian kelas dan kuliah.

Namun, oleh kerana cuaca yang tidak menentu dan juga atas faktor binaan yg sudah lama dan mengalami beberapa kerosakan dan kebocoran. Banyak aktiviti yang sepatutnya dapat dilaksanakan di surau tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, sumbangan anda sangat penting untuk keselesaan para pelajar dalam menuntut ilmu.

Antara projek baik pulih surau akan dilaksanakan adalah :

👉 Menanggalkan bumbung yang rosak dan ganti yang baru.

👉 Membaiki dan mengecat semula siling sedia ada.

👉 Memasang kubah sebagai tanda rasmi surau

👉 Menyediakan mimbar yang sesuai

👉 Memasang pendingin hawa

👉 Meyelenggara sistem wayar

👉 Memasang karpet

Tolong tuan-puan, bantu kami memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar ini.

Semoga dengan bantuan Tuan Puan, pelajar akan dapat lebih selesa dan selamat untuk belajar, menghafal dan beribadah.

Siling Rosak
Rosak kerana bumbung yang sudah bocor
Jom Sumbang
Hampir Dengan Pelajar
Tempat siling yang rosak hampir dengan pelajar
Jom Sumbang
Dinding Retak
Hujan yang lebat menyebabkan dinding rosak
Jom Sumbang
Previous
Next