Utama / Sumbangan

Kempen

Dana Baiki Surau Maahad Tahfiz Al-Fateh

Rasulullah SAW bersabda;
Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya). (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baca Lanjut

Surau Maahad Tahfiz Al-Fateh sudah berusia hampir 10 tahun. Alhamdulillah, selama surau ini berkhidmat , ia telah banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan kakitangan Maahad Tahfiz Al-Fateh. Surau ini bukan sahaja sebagai tempat pelajar-pelajar melaksanakan solat berjemaah . Malah surau ini juga digunakan pelajar untuk menghafaz Al-Quran, pengajian kelas dan kuliah.

Namun, oleh kerana cuaca yang tidak menentu dan juga atas faktor binaan yg sudah lama dan mengalami beberapa kerosakan dan kebocoran. Banyak aktiviti yang sepatutnya dapat dilaksanakan di surau tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, sumbangan anda sangat penting untuk keselesaan para pelajar dalam menuntut ilmu.

Antara projek baik pulih surau akan dilaksanakan adalah :

👉 Menanggalkan bumbung yang rosak dan ganti yang baru.

👉 Membaiki dan mengecat semula siling sedia ada.

👉 Memasang kubah sebagai tanda rasmi surau

👉 Menyediakan mimbar yang sesuai

👉 Memasang pendingin hawa

👉 Meyelenggara sistem wayar

👉 Memasang karpet

 Tolong tuan-puan, bantu kami memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar ini.

Semoga dengan bantuan Tuan Puan, pelajar akan dapat lebih selesa dan selamat untuk belajar, menghafal dan beribadah.

Projek Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Fateh & Kompleks Latihan Pendakwah Bersepadu

Sejarah Pembinaan Maahad Tahfiz Al-Fateh:
Maahad Tahfiz Al-Fateh, Batang Kali, Selangor ini diasaskan oleh Ustaz Rusdi Alias bersama Ustaz Asri.

Baca Lanjut

Ustaz Rusdi mengasaskan maahad ini dengan impian untuk membina generasi-generasi harapan ummah yang akan memandu umat di Malaysia dan seluruh dunia untuk mengamalkan ajaran Islam seperti mana cita-cita Saidina Umar R.A.

Suatu ketika, Saidina Umar bin al-Khattab R.A berkata kepada sahabat-sahabatnya:

 “Tunjukkan cita-cita kamu.” Salah seorang menjawab, “Aku bercita-cita rumah ini dipenuhi dengan emas, agar aku dapat infakkan di jalan Allah dan bersedekah!” Sahabat yang lain pula berkata: “Aku bercita-cita rumah ini dipenuhi zamrud dan batu permata agar aku dapat infakkan di jalan Allah dan bersedekah!”

Kemudian Umar R.A berkata lagi: “Tunjukkan cita-cita kamu.” Mereka menjawab: “Kami tidak tahu wahai Amir al-Mukminin.”

Lalu Umar R.A berkata: “Aku bercita-cita agar rumahku dipenuhi pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Mu’adz bin Jabal, Salim Maula Abi Huzaifah dan Huzaifah ibn al-Yaman agar aku boleh sebarkan Islam ke seluruh dunia dan menguasai dunia.”

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (5005),
dan Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ (318)

Pembinaan maahad ini bermula pada tahun 2018 hasil daripada tanah yang diwakafkan oleh anak murid Ust Rusdi. Harapan pewakaf adalah tanah ini dapat dimanfaatkan untuk usaha-usaha agama. Bangunan pula hasil sumbangan orang ramai.

=========

Alhamdulillah, atas sumbangan orang ramai, pembinaan maahad bagi fasa 1 dan fasa 2 telah selesai.

Hasil kutipan dana sebelum ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi pembinaan :

👉 Asrama 50 orang pelajar

👉 5 Buah Kelas Pengajian

👉 Pejabat Pengurusan

👉 1 Unit Rumah Guru

👉 Dewan Serbaguna

👉 Kantin dan dapur

👉 Bilik Warden

👉 Bilik Guru

👉 Surau

=========

Sekarang, maahad ini sedang berada di fasa 3 yang mana pembinaan akan difokuskan kepada :

(1) Kompleks Masjid

(2) Asrama dan Bangunan Akademik Hafizah 3 tingkat seramai  100 Orang.

(3) Asrama dan Bangunan Akademik Hafiz 4 tingkat seramai 150 Orang.

(4) 3 Unit Rumah Guru

Jika pembinaan fasa 3 ini dapat disiapkan, kita akan dapat membentuk lebih ramai generasi yang cinta pada Al-Quran. Seterusnya menjadi da’ie membangun ummah di seluruh Malaysia dan Dunia.

Tolong tuan-puan, bantu kami untuk kita realisasikan impian yang besar ini.

Ramai sebenarnya anak-anak yang mempunyai potensi tetapi tidak mendapat pelung untuk menuntut ilmu yang cukup.

Hanya inilah peluang untuk kita membangun potensi-potensi anak-anak kita seramai mungkin.

Infaq Pemasangan Rumah Eletrik Al-Fateh

Anak Tahfiz Ini Memerlukan Anda Supaya Mereka Tidak Belajar Dalam Gelap

Cuba bayangkan, ketika anda sedang menikmati kipas angin di siling rumah, atau sedang asyik menonton televisyen, ada anak-anak tahfiz terpaksa berpanas dan bergelap kerana ketiadaan elektrik di asrama. Apatah lagi kalau mereka sedang asyik menghafal al-Quran, tiba-tiba elektrik asrama terputus.

Baca Lanjut

Pasti usaha suci mereka terbantut disebabkan gangguan elektrik. Takkan kita nak berpeluk tubuh melihat mereka yang berusaha menjaga kalam Allah terus berada dalam kesulitan, tetapi kita pula terus berada dalam kemudahan?

Sedangkan kita sebenarnya ada peluang dan pilihan untuk membantu mereka.

Apa Yang Sedang Berlaku Pada Maahad Tahfiz Al-Fateh Ini?

Alhamdulillah, sehingga saat ini, Maahad Tahfiz Al-Fateh telah beroperasi dengan baik dan mempunyai puluhan pelajar di sini. Disebabkan pelajar semakin ramai, fasiliti pun semakin banyak digunakan dan diperlukan. Namun begitu, tenaga elektrik yang sedia ada tak mampu nak menampung fasiliti yang akan bertambah dari semasa ke semasa. Apatah lagi apabila bangunan tahfiz akan ditambah pada masa terdekat ini.

Tenaga elektrik yang digunakan buat masa ini diperoleh daripada sub compact (rumah pencawang) yang jaraknya sekitar 4.5Km daripada Maahad. Seperti yang anda maklum, semakin jauh sub compact daripada bangunan, semakin kecil voltan. Bila voltan semakin kecil, elektrik yang disalurkan tak dapat menampung bangunan yang sedia ada.

Jika masalah ni tak diselesaikan, tenaga elektrik yang ada tak akan dapat menampung penambahan fasiliti dan bangunan akan datang.

Setakat yang anda baca ini pun, sebenarnya kadang-kadang lampu di Maahad Tahfiz akan berkelip-kelip dan ada masa terus blackout. Sekiranya bekalan elektrik terputus, pihak Maahad terpaksa menggunakan generator sebagai pengganti.

Tetapi seperti yang anda semua tahu, tenaga elektrik daripada generator ini tak stabil. Penggunaan elektrik yang tak stabil akan menyebabkan peralatan elektrik di Maahad cepat rosak. Dan bila peralatan elektrik cepat rosak, kos operasi pun akan meningkat.

Sebab itu, TNB mencadangkan agar sebuah compact sub (rumah pencawang) mesti dibina di kawasan Maahad.

Kenapa Anda Kena Bantu Anak Tahfiz Ini?

Untuk membina sebuah compact sub, kos anggaran yang diperlukan adalah sebanyak RM170,000. Oleh sebab itu, sumbangan anda semua sangat diperlukan bagi memastikan anak-anak Tahfiz di sini boleh menghafal al-Quran dengan lancar dan baik.

Ada banyak sebab kenapa anda kena bantu anak tahfiz ini. Antaranya ;

Saham pahala yang insyaAllah berkekalan hingga akhirat.

Menjadi penyebabkan terlahirnya generasi penjaga al-Quran di masa akan datang.

Memudahkan urusan saudara seIslam kita. Allah janjikan sesiapa yang mempermudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusannya dunia akhirat.

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)

Hari demi hari, anak-anak Tahfiz ini berusaha untuk menghafaz dan menjaga kalam Allah dengan sepenuh hati. Tetapi, kalau gangguan bekalan elektrik ini berterusan, pasti akan menyukarkan mereka untuk meneruskan usaha yang suci ini.

Ayuh, anda semua boleh menjadi sebahagian daripada usaha anak Tahfiz ini dengan menyumbang ke arah pembelian compact sub bagi kegunaan Maahad Tahfiz Al-Fateh.

InsyaAllah, moga hasil sumbangan anda menjadi pemberat kepada timbangan amal di Akhirat nanti. Ameen.

Ayuh Taja Pelajar B40 Menjadi Hafiz Quran!

Seramai 10 orang pelajar dari seluruh Malaysia yang ibu bapa mereka dari kalangan B40 telah dipilih bagi menyambung pelajaran mereka di Maahad Al-Fateh, Batang Kali, Selangor. Mereka ini merupakan harapan keluarga untuk mengubah nasib keluarga mereka kepada yang lebih baik.

Baca Lanjut

Maahad Tahfiz Al-Fateh ini diwujudkan untuk membangunkan pelajar-pelajarnya selain menjadi seorang Hafiz Al-Quran, mereka juga dilengkapkan dengan pendidikan yang syumul di mana pelajar tersebut akan mahir dalam pelbagai bidang termasuklah akademik dan kokurikulum serta kemahiran kendiri. Maahad ini juga berazam untuk melahirkan pelajar Generasi Al-Quran yang membawa nilai dan ciri-ciri akhlak daripada Al-Quran dan menjadi ejen mendidik masyarakat untuk cintakan Al-Quran.

 Ayuh menjadi JUTAWAN akhirat dengan menaja pelajar-pelajar ini!

Sumbangan anda adalah untuk menampung kos pembelajaran, makanan, yuran, elaun sara hidup, buku pembelajaran, tambang penerbangan dan penginapan bagi semua 10 orang pelajar tersebut.

“Yang terbaik di kalangan kalian ialah mereka yang belajar dan menghafal Al-Quran” - Sunan Abu Daud

Semoga dengan sumbangan kita ini dapat melahirkan generasi-generasi yang akan memimpin umat ini ke arah yang lebih baik.

Kempen Contoh Al-Fateh